| 1. |
Untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di
semua peringkat perkhidmatan. |
| 2. |
Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran
serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program
kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar dan kursus. |
| 3. |
Uuntuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti
bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat. |
| 4. |
Untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan
sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan. |
| 5. |
Untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan
dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk
semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan
pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita
di negara ini. |
| 6. |
Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset
yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada
kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan
juga boleh memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya
untuk kebajikan dan faedah ahli. |
| 7. |
Untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang
dan keuntungan yang di dapati oleh persatuan ini, hasil dari
penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata
untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan
ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan
atau bonus kepada sebarang ahli persatuan melainkan untuk tujuan
yang baik.
|