|
PUSPANITA kebangsaan telah ditubuhkan dan dengan rasminya
dilancarkan pada 1 Mac 1983 oleh Y. Bhg. Puan Sri Datin Zawiah
binti Haji Yacob, isteri bekas Ketua Setiausaha Negara. Beliau
adalah Yang Dipertua PUSPANITA pertama. Penubuhan PUSPANITA
adalah cetusan idea Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd. Ali,
isteri bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat (Tun Dr.
Mahathir Mohamad) pada tahun 1982.
PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota
Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia.
PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan,
kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program
Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan,
Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan,
Keterampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah, bengkel,
seminar dan kursus.
Selain dari itu, PUSPANITA juga mengadakan Tabung PUSPADARA
untuk memberi pendedahan tentang penyakit kanser, satu-satunya
penyakit yang mengancam nyawa kaum wanita di negara ini.
Isteri Y.A.B Perdana Menteri adalah Penaung, Y.Bhg. Ketua Setiausaha
Negara adalah Penasihat dan isteri Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara
adalah Yang DiPertua kepada Persatuan ini.
|