Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Suri
Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia atau nama ringkasnya
PUSPANITA dan selepas ini disebut sebagai Persatuan dalam undang-undang
ini.
PERKARA 2 - ALAMAT BERDAFTAR
2.1
Alamat berdaftar Persatuan ini ialah No. 571, jalan
Hose, 50460 Kuala Lumpur.
2.2
Alamat berdaftar Persatuan tidak boleh diubah tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan
PERKARA 3 - TAFSIRAN
3.1
"Suri" bermakna isteri pegawai dan kakitangan
Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.
3.2
"Anggota Wanita" bermakna pegawai-pegawai
wanita dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan
perkhidmatan.
3.3
"Perkhidmatan Awam" bermakna perkhidmatan
Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.
PERKARA 4- PENGERTIAN LOGO
4A Logo
Bulan Bintang melambangkan negeri-negeri dalam
Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.
Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan
secara berterusan. Bunga padi melambangkan perpaduan dikalangan
ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam. Bunga
raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi
dan matlamat pembangunan negara. P dan Fa lambang kewanitaan.
Warna emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai
teras kecemerlangan. Warna ungu melambangkan kemuliaan sumbangan
sukarela ahli-ahli.
4B Bendera
Bendera persatuan berlatarbelakangkan warna
kuning. Di bahagian atas terdapat enam jalur berwarna ungu berselang
dengan warna putih dan enam jalur berwarna ungu berselang dengan
warna putih di bahagian bawah. Di tengah-tengah bendera terdapat
logo persatuan.
Untitled Document
PERKARA 5 - PENAUNG
5.1
Isteri Y.A.B. Perdana Menteri adalah Penaung kepada
Persatuan ini.
PERKARA 6 - PENASIHAT
6.1
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara adalah
Penasihat persatuan ini.
PERKARA 7 - TUJUAN PERSATUAN
ADALAH UNTUK
7.1
Merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan
isteri-isteri dan anggot-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat
perkhidmatan.
7.2
Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran
serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program
kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar
dan kursus.
7.3
Menggalakkan dan melinatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti
bagi faedah ahli an keluarga mereka serta masyarakat.
7.4
Menganjurkan program-program untuk memungut derma
dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
7.5
Mengadakan program-program untuk mengeratkan
perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar,
demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan
melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang
berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.
7.6
Memiliki tanah, bengunan-bangunan dan aset-aset
yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada
Kerajaan, membeli. menyewa dan sebagainya.
Untitled Document
PERKARA 8 - KEAHLIAN
8.1
Jenis-jenis ahli
adalah seperti berikut:-
(a) Ahli Biasa
(1)
Isteri anggota
Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpilan perkhidmatan di
Malaysia
(2)
Anggota wanita di semua peringkat
kumpulan Perkhidmatan Awam di Malaysia
(3)
Isteri anggota Perkhidmatan
Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah bersara
atau meninggal dunia
(4)
Isteri anggota Perkhidmatan
Awam yang diceraikan
(5)
Anggota wanita Perkhidmatan
Awam yang telah bersara
(b) Ahli Bersekutu
(1)
Ahli bersekutu terbuka kepada
isteri anggota Perkhidmatan Awam yang belum menjadi Warganegara
Malaysia
(2)
Ahli bersekutu layak menikmati
keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara tetapi
tidak berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam
Persatuan
(3)
Keahlian seseorang ahli bersekutu
dalam kategori (1) di atas akan luput dengan sendirinya apabila
suaminya berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan
Kerajaan.
(c) Ahli Gabungan
(1)
Ahli gabungan terbuka kepada
persatuan wanita yang telah didaftarkan di Kementerian/Jabatan
dan diberi status yang sama seperti ahli biasa
(2)
Keahlian ahli gabungan akan
dilulukan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi berdasarkan permohonan
di dalam borang yang disediakan
(d) Ahli Kehormat
Yang Dipertua dengan persetujuan
Majlis Tertinggi boleh melantik ahli kehormat di kalangan wanita-wanita
yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan
Persatuan. Ahli kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi
di dalam apa-apa mesyuarat.
(e) Ahli Seumur
Hidup
(1)
Ahli seumur hidup terdiri
daripada ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan
(2)
Ahli seumur hidup mempunyai
hak yang sama seperti ahli biasa iaitu berhak menghadiri
mesyuarat , bercakap dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan,
Mesyuarat Khas atau mesyuarat-mesyuarat agung di peringkat cawangan
dan boleh di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa
Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan.
Untitled Document
(f) Ahli Tak Hadir
(1)
Ahli biasa yang perlu berada di luar negeri
bagi suatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, adalah dikecualikan
daripada membayar yuran tahunan bagi tempoh ia berada di luar
negeri
(2)
Permohonan secara bertulis hendaklah dibuat
kepada Bendahari Cawangan yang hendaklah mendapatkan persetujuan
Jawatankuasa Cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam
rekod tempoh ahli dikecualikan dari membayar yuran.
8.2
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli
hendaklah dibuat melalui borang permohonan dan dihantar kepada
Setiausaha Cawangan yang berkenaan yang seterusnya hendaklah mengemukakan
permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan-cawangan
tertentu untuk pertimbangan.
8.3
Jawatankuasa Cawangan boleh mengikut
budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
Permohonan-permohonan menjadi ahli di tempat di mana Cawangan
Berkenaan belum ditubuhkan hendaklah diuruskan mengikut cara itu
juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Kerja Tertingggi.
8.4
Larangan Menjadi Ahli
(a)
Seseorang pemohon yang layak menjadi
ahli mengikut syarat di perenggan 8.1 di atas tetapi masih menjadi
seorang pelajar universiti/kolej tempatan, tidak boleh diterima
menjadi ahli Persatuan kecuali mendapat kebenaran secara bertulis
daripada Naib Canselor Universiti atau Pengetua Kolej berkenaan.
(b)
Keahlian akan luput apabila suami
seseorang ahli itu ataupun ahli itu sendiri berhenti atau diberhentikan
daripada berkhidmat dengan Kerajaan.
(c)
Keahlian isteri anggota Perkhidmatan
Awam yang meninggal dunia atau yang bercerai akan luput setelah
ia berkahwin semula.
Untitled Document
PERKARA 9
- YURAN
9.1
Yuran yang dikenakan adalah sepeti
berikut:-
(a) Ahli Biasa
(1)
Isteri Pegawai dan Pegawai
wanita di dalam Kumpulan A ke atas:
Yuran masuk - RM 20.00
Yuran tahunan - RM 16.00
(2)
Isteri pegawai dan pegawai wanita dalam Kumpulan
B:
Yuran masuk - RM 10.00
Yuran tahunan - RM 10.00
(3)
Isteri kakitangan dan kakitangan wanita dalam
Kumpulan C:
Yuran masuk - RM 10.00
Yuran tahunan - RM 10.00
(4)
Isteri kakitangan dan kakitangan w anita dalam
Kumpulan D:
Yuran masuk - RM 2.00
Yuran tahunan - RM 4.00
(5)
Yuran Pesara
Bayaran adalah setengan (1/2) daripada bayaran sebelum bersara,
mengikut kategori waktu bersara. Janda dan balu dimasukkan dalam
kategori.
(b) Ahli Bersekutu
Yuran tahunan dan
yuran masuk adalah setengah daripada apa yang dikenakan ke atas
ahli biasa mengikut kumpulan.
(c) Ahli Gabungan
Bagi ahli gabungan
yuran adalah 10% daripada jumlah yuran ahli yang didaftarkan.
(d) Ahli Kehormat
Tidak dikenakan apa-apa
bayaran.
(e) Ahli Seumur Hidup
Membayar yuran
yang ditetapkan iaitu RM100/-
Untitled Document
9.2
Semua yuran tahunan hendaklah
dibayar pada awal tahun. Yuran boleh dibayar melalui Bendahari
Cawangan berkenaan.
9.3
Ahli-ahli yang tidak membayar
yuran tahunan lebih daripada 3 tahun berturut-turut akan dihantar
surat peringatan daripada atau bagi pihak Setiausaha. Jika tidak
dibayar juga, maka hilanglah hak-hak keistemewaanya sebagai seorang
ahli sehingga hutangnya dibayar.
9.4
Ahli yang berhutang yuran tahunan
melebehi 5 tahun berturut-turut akan dengan sendirinya gugur daripada
menjadi ahli.
PERKARA 10 - KEAHLIAN
10.1
Persatuan ini hendaklah ditubuhkan
berdasarkan rajah organisasi seperti di Lampiran X Perlembagaan
ini. Jentera pentadbiran bagi Persatuan ini ialah Majlis Tertinggi
(MT) dengan dibantu oleh Jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:-
(a) Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT)
(b) Jawatankuasa Cawangan Kementerian (JCK)
(c) Jawatankuasa Cawangan Negeri (JCN)
(d) Jawatankuasa Cawangan Daerah (JCD)
(e) Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil (JCDK)
(f ) Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang lain jika perlu.
10.2
Segala urusan di semua peringkat
tertakluk kepada Perlembagaan Persatuan.
10.3
Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan
semua Jawatankuasa Cawangan Kementerian dan Negeri adalah bertanggungjawab
kepada Majlis Tertinggi. Jawatankuasa Cawangan Daerah dan Daerah
Kecil bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Cawangan Negeri berkenaan.
10.4
Hanya Majlis Tertinggi berhak
membuat penentuan mengenai perkara-perkara dasar Persatuan.
10.5
Semua pemegang jawatan dan
tiap-tiap orang yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam
Persatuan ini hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.
Bukan warganegara bolehmemegang jawatan dengan syarat mendapat
kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
Untitled Document
PERKARA 11
- KEANGGOTAAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI
11.1
Keanggotaan Majlis
Tertinggi
Majlis Tertinggi adalah terdiri daripada:
(a) Yang Dipertua
(b) Dua orang Timbalan Yang Dipertua
(c) Tiga orang Naib Yang Dipertua
(d) Setiausaha Agung
(e) Penolong Setiausaha Agung
(f ) Bendahari Agung
(g) Penolong Bendahari Agung
(h) 45 Orang Ahli Majlis Tertinggi Biasa
11.2
Pemilihan Anggota
Majlis Tertinggi
(a)
Isteri
Ketua Setiausaha Negara menjadi Yang Dipertua Persatuan.
(b)
Isteri
Ketua Setiausaha Perbendeharaan dan isteri Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam menjadi Timbalan-timbalan Yang Dipertua Persatuan.
(c)
Pemegang-pemegang
jawatan Naib Yang Dipertua adalah dipilih dan dilantik 2 tahun
sekali oleh Yang Dipertua Persartuan dengan persetujuan Majlis
Tertinggi dan seorang daripadanya mewakili pegawai dan kakitangan
wanita dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
(d)
Isteri
Ketua-ketua Setiausaha dan Setiausaha-setiausaha kerajaan Negeri
menjadi ahli-ahli biasa Majlis Tertinggi.
(e)
Setiausah
Agung hendaklah dilantik oleh Yang Dipertua dan dipersetujui oleh
Majlis Tertinggi 2 tahun sekali.
(f)
Jawatan-jawatan
bagi Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung,Penolong Bendahari
Agung dan lapan orang ahli biasa Majlis Tertinggi hendaklah diisi
melalui pemilihan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan 2 tahun
sekali.
(g)
Keahlian
seseorang ahli Majlis Tertinggi terdiri daripada (a), (b), (c)
dan (d) di atas akan luput apabila ia atau suaminya bersara, meletakkan
jawatan atau suaiminya meninggal dunia, akan digantikan oleh pegawai
atau isteri pegawai yang baru.
(h)
Jika
berlaku kekosongan di dalm (f) di atas, maka calon kedua mendapat
undi terbanyak semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan
hendaklah dijemput memenuhi kekosongan itu selama baki tempoh
perkhidmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu. Sekiranya jemputan
itu ditolak, Majlis Tertinggi berhak memilih seorang ahli yang
difikirkan sesuai untuk memilih kekosongan itu bagi baki tempoh
perkhidmatan berkenaan.
Untitled Document
11.3
Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil
boleh mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa difikirkan perlu.
Yang Dipertua
(a)
Yang Dipertua akan
menjadi pengerusi semua mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Tertinggi serta bertanggung jawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat tersebut.
(b)
Beliau juga mempunyai
undi pemutus dan akan menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat
yang diluluskan.
(c)
Yang Dipertua bersama-sama
dengan Bendahari Agung atau Setiausaha Agung diberi kuasa menandatangani
cek-cek Persatuan.
Timbalan Yang Dipetua
Timbalan Yang Dipertua
akan menjalankan tugas Yang Dipertua pada masa ketiadaanya.
Naib Yang Dipetua
Naib Yang Dipetua
akan menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua bagi aktiviti-aktiviti
tertentu dari semasa ke samasa.
Setiausaha Agung
(a)
Mengendalikan segala
urusan Persatuan khasnya berkenaan dengan surat-menyurat dan menyimpan
semua buku, risalah, kertas dan minit mesyuarat.
(b)
Bertanggungjawab menyimpan buku
daftar ahli dan pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemaskini.
(c)
Menyediakan laporan tahunan untuk
Mesyuarat Agung Perwakilan.
(d)
Mengeluarkan notis-notis, memanggil
mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat.
(e)
Mengirim penyata-penyata tahunan
kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
(f)
Setiausaha Agung bersama-sama
Yang Dipertua akan mendatangani semua cek bagi pihak Persatuan,
semasa ketiadaan Bendahari Agung.
Untitled Document
Penolong Setiausaha Agung
Penolong Setiausaha
Agung akan membantu Setiausaha Agung dalam menjalankan kerja-kerja
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya.
Bendahari Agung
(a)
Bertanggungjawab terhadap
semua perkara kewangan Persatuan.
(b)
Bertanggungjawab menyimpan
akaun wang keluar masuk dan bertanggungjawab menyimpan semua rekod
kewangan Persatuan.
(c)
Bendahari Agung bersama-sama
Yang Dipertua diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak
Persatuan.
(d)
Bertanggungjawab menyediakan
laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira untuk diperiksa oleh
Pemeriksa Kira-kira.
Penolong Bendahari Agung
Penolong Bendahari
Agung akan membantu Bendahari Agung menjalankan kerja-kerja dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.
Ahli-ahli Majlis Tertinggi Biasa
Ahli-ahli Majlis Tertinggi
Biasa hendaklah menghadiri setiap persatuan serta merancang strategi-strategi
perlaksanaan dasar mengikut Perlembagaan Persatuan
11.4
Tanggungjawab Majlis Tertinggi
(a)
Majlis ini bertanggungjawab
menggubal dasar persatuan serta merancang strategi-strategi perlaksanaan
dasar mengikut Perlembagaan Persatuan.
(b)
Majlis ini bertanggungjawab menyusun
aktiviti-aktiviti Persatuan Dan mengawasi serta menentukan bahawa
tidak ada perkara-perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan
Perlembagaan Persatuan.
Untitled Document
(c)
Jika ada perkara-perkara tertentu
berkenaan dengan dasar dan pindaan Perlembagaan, Majlis Tertinggi
perlu merujuk kepada Mesyuarat Agung Perwakilan untuk maklum dan
kelulusan.
(d)
Majlis hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurangnya sekali setahun dan notis untuk satu-satu mesyuarat
itu hendaklah diberi dalam tempuh 7 hari kepada ahli-ahlinya.
Yang Dipertua ataupun Timbalan Yang Dipertua dengan persetujuan
Yang Dipertua boleh bertindak berseorangan ataupun tidak kurang
daripada 10 orang ahli boleh memanggil supaya diadakan satu mesyuarat
Majlis Tertinggi pada bila-bila masa yang difikirkan mustahak.
(e)
Kuoram bagi mesyuarat Mahlis Tertinggi
dianggap sah jika dihadiri oleh setengah (1/2) daripada jumlah
anggota-anggota Majlis Tertinggi.
(f)
Majlis Tertinggi boleh memberi
arahan-arahan kepada Setiausaha Agung dan Pegawai-pegawai lain
untuk menjalankan hal ehwal Persatuan.
(g)
Majlis Tertinggi boleh
membentuk jawatankuasa-jawatankuasa kecil, jika difikirkan perlu.
(h)
Majlis Tertinggi boleh membentuk
jawatankuasa-jawatankuasa kecil, jika difikirkan perlu.
(i)
Keputusan Majlis Tertinggi mestilah
dipatuhi oleh semua ahli persatuan kecuali dan sehingga dipinda
oleh satu keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan.
(j)
Di antara Mesyuarat Agung Perwakilan,
Majlis Tertinggi boleh memberi tafsiranya kepada Perlembagaan
ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak tersebut
di dalam Perlembagaan ini. Kecuali perkara-perkara bertentangan
atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat
Agung Perwakilan, keputusan Majlis Tertinggi terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan
Mesyuarat Agung Perwakilan.
Untitled Document
PERKARA 12 -KEANGGOTAAN,
TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI (JKT)
12.1
Keanggotaan Jawatankuasa
Kerja Tertinggi
(a) Yang Dipertua
(b) Dua orang Timbalan Yang Dipertua
(c) Tiga orang Naib Yang Dipertua
(d) Setiausaha Agung
(e) Penolong Setiausaha Agung
(f) Bendahari Agung
(g) Penolong Bendahari Agung
(h) 5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
12.2
Pemilihan Anggota
Jawatankuasa Kerja Tertinggi
(a)
Yang Dipertua, 2 Timbalan
Yang Dipertua, 3 Naib Yang Dipertua, Setiausaha Agung, Bendahari
Agung, Penolong Bendahari Agung menjadi ahli Jawatankuasa Kerja
Tertinggi.
(b)
5 orang Ahli Biasa Jawatankuasa
Kerja Tertinggi terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih
melalui pencalonan dari undi terbanyak oleh Majlis Tertinggi selepas
Mesyuarat Agung Perwakilan, dua tahun sekali.
12.3
Tugas-tugas Anggota
Jawatankuasa Kerja Tertinggi
(a)
Yang Dipertua akan
menjadi Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi.
(b)
Timbalan Yang Dipertuaa
akan menjalankan tugas Yang Dipertua di masa ketiadaanya.
(c)
Naib Yang Dipertua akan menjadi
Pengerusi Jawatankuasa Kecil yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
(d)
Setiausaha Agung akan mengeluarkan
notis memanggil mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat.
(e)
Penolong Setiausaha Agung akan
membantu dan menjalankan tugas-tugas Setiausaha Agung di masa
ketiadaanya.
(f)
Bendahari Agung bertanggungjawab
menyediakan laporan akaun dan menyimpan akaun wang keluar masuk
Persatuan.
(g)
Penolong
Bendahari Agung akan membantu dan menjalankan tugas-tugas Bendahari
Agung dimasa ketiadaanya.
(h)
Ahli-ahli Jawatankuasa
Biasa hendaklah menghadiri setiap Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Tertinggi dan membantu pegawai-pegawai di atas menjalankan kegiatan
Persatuan. Mereka juga akan dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa
Kecil jika difikirkan perlu.
Untitled Document
12.4
Tanggungjawab Jawatankuasa
Kerja Tertinggi
(a)
Membantu
Majlis Tertinggi dalam hal merancang, merangka dan menyelaras perancangan
dasar serta strategi perlaksanakan dasar Persatuan.
(b)
Membantu Majlis
Tertinggi mengawasi dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Persatuan.
(c)
Jawatankuasa hendaklah
mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
Notis untuk mesyuarat hendaklah diberi dalam tempoh 7 hari kepada
semua ahli.
(d)
Kuoram bagi mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Tertinggi adalah mencukupi sekiranya setengah
daripada jumlah ahli JKT hadir.
(e)
Segala keputusan
yang dibuat di Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tertinggi hendaklah
dibentang di Mesyuarat Majlis Tertinggi untuk kelulusan.
(f)
Jawatankuasa Kerja
Tertinggi boleh menubuhkan beberapa Jawatankuasa-jawatankuasa
Kecil yang tiap-tiap satunya bertanggungjawab ke atas aktiviti-aktiviti
tertentu Persatuan seperti kebajikan, sukan, sosial, pendidikan
dan penerbitan.
12.5
Jawatankuasa-jawatankuasa
Kecil
(a)
Jawatankuasa-jawatankuasa
Kecil seberapa yang boleh dipengaruhi oleh Naib-naib Yang Dipertua
atau ahli-ahli Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil Tertinggi.
(b)
Keahilian Jawatankuasa-jawatankuasa
Kecil ini terpulang kepada Pengerusi Jawatankuasa berkenaan menentukannya.
(c)
Jawatankuasa-jawatankuasa
Kecil adalah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kecil Tertinggi.
(d)
Jawatankuasa-jawatankuasa
Kecil boleh mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa difikirkan
perlu.
Untitled Document
PERKARA 13
- PERATURAN KEWANGAN DAN AKAUN
13.1
Semua wang terkumpul di peringkat
Kebangsaan Tabung Pusat dan Cawangan Persatuan adalah menjadi
hak milik Persatuan.
13.2
Tahun kewangan bagi Persatuan
bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 13 Disember tiap-tiap
tahun.
13.3
Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh
persatuan di semua peringkat hasil daripada penyertaan dalam mana-mana
perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan
dan menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan objektif Persatuan
ini dan tidak sebahagian pun dari wang atau keuntungan itu akan
digunakan bagi membayar faedah keuntungan atau bonus kepada mana-mana
ahli Persatuan. Sungguh pun begitu peruntukan ini tidak menghalang
bayaran-bayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar
gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli
atau pekerja Persatuan ini.
13.4
Bendahari Agung dibenarkan memegang wang tunai
tidak lebih daripada RM 500.00 dalam satu-satu masa. Wang yang
lebih selebihnya hendaknya dalam tempoh 7 hari dari tarikh yang
diterima, dimasukkan ke dalam bank. Akaun bank hendaklah atas
nama Persatuan.
13.5
Perbelanjaan yang kurang daripada RM 5000.00
boleh diluluskan oleh Yang Dipertua, Bendahari Agung dan Setiausaha
Agung. Perbelanjaan melebihi RM5000.00 pada satu-satu masa, tidak
boleh dilakukan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Majlis
Tertinggi. Perbelanjaan yang melebihi RM10000.00 tidak boleh dilakukan
tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Mesyuarat Agung Perwakilan.
13.6
Bendahari Agung hendaklah menyediakan Penyata
Kewangan secepat mungkin selepas berakhir tahun kewangan untuk
diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira.
13.7
Penyata Kewangan yang telah diaudit hendaklah
ditandatangani bersama oleh Bendahari Agung dan Yang Dipertua.
Untitled Document
PERKARA 14
- MESYUARAT AGUNG
14.1
Mesyuarat Agung Perwakilan
14.1.1
Mesyuarat Agung Perwakilan mestilah
diadakan dengan secepat mungkin selepas berakhir tahun kewangan
pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi
tetapi tidak lewat dari akhir bulan Jun tiap-tiap tahun
14.1.2
Agenda bagi MAP
(a) Melantik Pengerusi ialah Mesyuarat Agung Perwakilan jika perlu;
(b) Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Perwakilan yang lalu;
(c) Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira yang telah
diaudit bagi tahun yang lalu;
(d) Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira yang telahdiaudit
bagi tahun yang lalu;
(e) Memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi Pemeriksa Kira-kira dan
Pemegang Amanah dua tahun sekali;
(f) Membincangkan usul-usul dan perkara-perkara yang telah diberitahu
secara bertulis kepada Setiausaha Agung 28 hari sebelum tarikh
mesyuarat.
(g) Ucapan Penangguhan.
14.1.3
Setiausaha Agung hendaklah menyibarkan
kepada semua Cawangan 45 hari sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan
satu notis pendahuluan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat
mesyuarat yang akan diadakan dan meminta cawangan-cawangan mengemukakan
usul-usul yang diluluskan oleh ahli-ahli di Mesyuarat Agung Cawangan
yang hendak dibentangkan di Mesyuarat Agung Perwakilan. Notis
pendahuluan ini hendaklah juga dipamerkan di Pejabat Persatuan.
14.1.4
Usul-usul untuk perbincangan dalam
mesyuarat mesti sampai kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada
28 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan.
Untitled Document
14.1.5
Setiausaha Agung hendaklah mengedarkan
kepada semua Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat
Agung Perwakilan, satu agenda mesyuarat, salinan minit Mesyuarat
Agung Perwakilan yang lalu. usul-usul Pindaan Perlembagaan dan
lain-lain usul (jika ada), penyata kira-kira yang sudah diperiksa
bagi tahun lalu. Salinan-salinan dokumen ini perlu juga diadakan
di pejabat atau tempat mesyuarat Persatuan untuk kegunaan ahli-ahli.
14.1.6
MAP hendaklah dihadiri
oleh
(a) Ahli-ahli Majlis Tertinggi
(b) Wakil-wakil Cawangan Kementerian
(c) Wakil-wakil Cawangan Negeri
(d) Wakil-wakil Cawangan Daerah dan Daerah Kecil
14.1.7
Cawangan Kementerian yang mempunyai
ahli kurang daripada 500 orang akan menghantar 5 orang wakil ke
MAP manakala Cawangan Kementerian yang mempunyai ahli lebuh daripada
500 orang akan menghantar 8 orang wakil ke MAP.
14.1.8
Cawangan Negeri yang mempunyai
ahli kurang daripada 500 orang akan menghantar 5 orang wakil ke
MAP yang mana termasuk perwakilan dari Cawangan Daerah dan Cawangan
Daerah Kecil. Manakala Cawangan Negeri yang mempunyai ahli lebih
daripada 500 orang akan menghantar 8 orang wakil ke MAP yang mana
termasuk perwakilan dari Cawangan Daerah dan Cawangan Daerah Kecil.
14.1.9
MAP berkuasa mentafsir, keluluskan
usul, meminda dan menentukan apa-apa perkara yang tidak jelas
di dalam Perlembagaan.
14.1.10
Kuoram untuk mesyuarat dianggap
cukup jika wakil-wakil Cawangan yang hadir tidak kira jumlahnya
adalah lebih daripada setengah bilangan Cawangan yang berdaftar.
Untitled Document
14.1.11
Jika
selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk sesuatu
mesyuarat agung kuoram masih tidak cukup, mesyuarat itu boleh
ditangguhkan ke suatu tarikh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi
tetapi tidak melebihi 14 hari. Sekiranya kuoram masih tidak cukup
setengah jam selepas mas yang ditetapkan oleh mesyuarat agung
yang ditangguhkan itu,maka bilangan ahli yang hadir mempunyai
kuasa untuk meneruskan mesyuarat hari itu, tetapi mereka tidak
berkuasa meminda Perlembagaan Persatuan dan membuat keputusan-keputusan
yang melibatkan semua ahli.
14.2
Mesyuarat Agung
Luar Biasa Perwakilan
14.2.1
Satu Mesyuarat
Agung Luar Biasa Perwakilan akan diadakan:
(a) Apabila difikirkan perlu oleh Majlis Tertinggi
(b) Di atas permintaan bertulis oleh Ahli-ahli Jawatankuasa bagi
5 Cawangan atau lebih-lebih dengan menerangkan tujuan-tujuan dan
sebab-sebab tertentu.
14.2.2
Mesyuarat Agung
Luar Biasa Perwakilan yang diminta oleh Cawangan hendaklah diadakan
pada satu tarikh di dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.
14.2.3
Notis dan agenda
Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan akan diedarkan oleh Setiausaha
Agung kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh
yang ditetapkan untuk mesyuarat itu. Agenda untuk Mesyuarat Agung
Luar Biasa Perwakilan hendaklah terhad kepada perkara yang dibangkitkan
oleh pihak berkenaan seperti di perenggan 14.2.1 di atas.
14.2.4
Bagi Mesyuarat
Agung Luar Biasa Perwakilan yang dipanggil di bawah perkara 14.2.1
(a), kuoram dan penangguhan MAP seperti diperenggan 14.1.10 dan
14.1.11 akan juga digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan.
Bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan yang diminta dibawah
14.2.1 (b) di atas, perenggan 14.1.10 adalah juga digunakan tetapi
perenggan 14.1.10 adalah juga digunakan tetapi dengan syarat jika
kuoram tidak cukup selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan
untuk mesyuarat , maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan
satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan bagi tujuan yang sama
tidak boleh dibenarkan sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan dari
tarikh tersebut.
Untitled Document
PERKARA 15
- PENUBUHAN CAWANGAN
15.1
Penubuhan Cawangan Kementerian/Negeri
Majlis Tertinggi boleh membenarkan penubuhan Cawangan-cawangan
di semua Kementerian di peringkat pusat dan pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri di peringkat Negeri sekiranya ada sekurang-kurangnya
20 orang ahli.
12.2
Penubuhan Cawangan Daerah
Majlis Tertinggi boleh
menubuhkan Cawangan di peringkat Daerah sekiranya ada sekurang-kurangnya
20 orang ahli.
12.3
Penubuhan Cawangan
Daerah Kecil
Majlis Tertinggi boleh
menubuhkan Cawangan di peringkat Daerah Kecil sekiranya ada sekurang-kurangnya
20 orang ahli.
PERKARA 16
- PEMBUBARAN CAWANGAN
16.1
Majlis Tertinggi boleh
membubarkan Cawangan:
(a)
Jika bilangan ahli-ahli
di dalam masa 6 bulan berturut-turut kurang daripada 10 orang.
(b)
Jika Cawangan tidak
patuh kepada Perlembagaan Persatuan atau keputusan Mesyuarat Agung
Perwakilan atau Majlis Tertinggi atau jika difikirkan bersalah
oleh Majlis Tertinggi kerana perbuatan merosakkan Persatuan ini.
16.2
Keputusan membubarkan
Cawangan hendaklah dibuat dengan undi terbanyak di dalam mesyuarat
Majlis Tertinggi dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan
Cawangan dengan sebab yang disebutkan di dalam Perenggan 16.1
(b) di atas. Cawangan yang berkenaan hendaklah diberi satu kenyataan
30 hari terlebih dahulu an diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan.
Untitled Document
16.3
Perintah pembubaran hendaklah
ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Sebarang Cawangan yang musykil
atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada
Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada penirimaan perintah,
membuat rayuan kepada Mesyuarat Agung Perwakilan. Walaupun rayuan
telah dibuat namun perintah pembubaran masih berjalan kuasanya
sehingga dibatalkan; di dalam keadaan yang demikian Majlis Tertinggi
boleh melantik satu jawatankuasa pengurusan dari ahli-ahli untuk
mengurus hal-hal Cawangan itu sementara rayuan ditimbangkan.
16.4
Jika sesuatu Cawangan ditutup
kerana sebab yang disebutkan bagi perkara 16.1(a) Perlembagaan
ini, maka Majlis Tertinggi hendaklah memindahkan ahli-ahli yang
ada Cawangan yang hampir sekali, dan jika Cawangan ditutup kerana
sebab di dalam perkara 16.1(b) Perlembagaan ini maka ahli-ahli
akan terhenti daripada menjadi ahli Persatuan.
16.5
Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari bagi Cawangan itu menyerahkan kepada
Setiausaha Agung Persatuan segala buku, rekod, wang dan lain-lain
harta yang dimiliki oleh Cawangan itu beserta dengan satu keterangan
kira-kira Cawangan mulai dari tarikh-tarikh penyata itu hantar
sehingga tarikh perintah penutupan.
16.6
Jika ahli-ahli sesuatu Cawangan
hendak keluar daripada Persatuan maka pegawai-pegawai Cawangan
itu dengan serta-merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha
Agung Persatuan semua buku, rekod, wang dan lain-lain harta Persatuan
dan seterusnya menyediakan dan menyerahkan keterangan-keterangan
kira-kira Cawangan kepada Setiausaha sama seperti di dalam perkara
16.5 di atas.
Untitled Document
PERKARA 17
- PENAUNG-PENAUNG CAWANGAN
17.1
Isteri Menteri, atau Isteri Timbalan
Menteri menjadi Penaung Cawangan Kementerian. Sekiranya Menteri
berkenaan adalah wanita, maka beliau akan menjadi Penaung Cawangan
Kementerian tersebut.
17.2
Isteri Menteri Besar atau Isteri
Ketua Menteri menjadi Penaung Cawangan Negeri.
12.3
Penubuhan Cawangan Daerah Kecil
PERKARA 18
- PENASIHAT-PENASIHAT CAWANGAN
18.1
Ketua Setiausaha Kementerian menjadi
Penasihat Cawangan Kementerian
18.2
Setiausaha Kerajaan
Negeri menjadi Penasihat Cawangan Negeri.
18.3
Pegawai Daerah menjadi Penasihat
Cawangan Daerah.
18.4
Penolong Pegawai Daerah menjadi
Penasihat Cawangan Daerah Kecil.
PERKARA 19 - JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
CAWANGAN
19.1
Jawatankuasa Cawangan Kementerian
19.1.1
Keanggotaan Jawatankuasa
Cawangan Kementerian
(a) Pengerusi
(b) Timbalan Pengerusi
(c) Setiausaha
(d) Penolong Setiausaha
(e) Bendahari
(f) Penolong Bendahari
(g) Tidak kurang daripada 8 Ahli Jawatankuasa Biasa
(h) Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap
Untitled Document
19.1.2
Pemilihan Anggota Jawatankuasa
Cawangan Kementerian
(a)
Isteri Ketua Setiausaha menjadi
Pengerusi. Sekiranya Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan adalah
wanita, maka isteri Timbalan Ketua Setiausaha yang terkanan menjadi
Pengerusi.
(b)
Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik oleh
Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Cawangan Kementerian
2 tahun sekali.
(c)
Isteri Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian
dan isteri Ketua-ketua Bahagian bagi mana-mana Kementerian yang
tiada Jabatan menjadi Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap.
(d)
Ketua Jabatan Wanita menjadi ahli Jawatankuasa
Biasa Tetap.
(e)
Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi
dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan 2 tahun sekali.
(f)
Jawatan-jawatan bagi Penolong Setiausaha,
Bendahari, Penolong Bendahari dan tidak kurang daripada 8 orang
ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung
Cawangan 2 tahun sekali.
(g)
Keahlian seseorang Ahli Jawatankuasa Cawangan
terdiri daripada (a), (c), dan (d) di atas akan luput apabila
ia atau suaminya bersara, meletakkan jawatan atau suaminya meninggal
dunia, akan diganti oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru.
(h)
Jika berlaku kekosongan di dalam (f) di atas,
maka calon kedua mendapat undi terbanyak semasa pemilihan dalam
Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah dijemput memenuhi kekosongan
itu selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang mengosongkan jawatan
itu. Sekiranya jemputan itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan berhak
memilih seorang ahli yang difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan
itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan
Untitled Document
19.1.3
Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa
Cawangan Kementerian
Pengerusi
(a)
Pengerusi akan mempengerusikan
semua mesyuarat jawatankuasa cawangan dan bertanggungjawab ke
atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
(b)
Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan
menandatangani minit-minit mesyuarat yang diluluskan.
(c)
Pengerusi bersama-sama dengan Bendahari atau
Setiausaha diberi kuasa menandatangani
cek-cek Cawangan
Timbalan Pengerusi
(a)
Membantu tugas-tugas Pengerusi.
(b)
Timbalan PengerusiMembantu tugas-tugas Pengerusi.
Setiausaha
(a)
Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan
Persatuan khasnya berkenaan surat- menyurat dan menyimpan semua
buku, risalah, kertas Persatuan dan minit mesyuarat.
(b)
Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli
pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemaskini.
(c)
Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat
Agung Cawangan.
(d)
Bertanggungjawab mengeluarkan notis-notis
memanggil mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat.
(e)
Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua
mesyuarat.
(f)
Setiausaha semasa ketiadaan Bendahari bersama-sama
dengan Pengerusi diberi kuasa menandatangani cek-cek Cawangan.
Untitled Document
Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha hendaklah
membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan
itu semasa ketiadaanya.
Bendahari
(a)
Bertanggungjawab ke atas semua perkara kewangan
Cawangan.
(b)
Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar
masuk dan menyimpan rekod yang kemaskini termasuk mengutip yuran
masuk dan yuran tahunan daripada ahli-ahli.
(c)
Bendahari bersama-sama Pengerusi diberi kuasa
menandatangani semua cek bagi pihak Cawangan.
(d)
Bertanggungjawab menyediakan laporan tahunan
dan penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira
sebaik-baik sahaja tamat tahun kewangan.
Penolong Bendahari
Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari
menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri
setiap mesyuarat Jawatankuasa dan membantu pegawai-pegawai di
dalam menjalankan kegiatan-kegiatan Cawangan.
Untitled Document
19.1.4
Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa
Cawangan Kementerian
(a)
Mengurus segala kegiatan dan hal
ehwal Cawangan sejajar dengan objektif- objektif Persatuan. Walau
bagaimanapun, Jawatankuasa boleh menggunakan budi bicaranya untuk
mengubahsuaikan mengikut keperluan dan kecenderungan ahli-ahli.
(b)
Jawatankuasa Cawangan Kementerian Boleh menubuhkan
Jawatankuasa Kerja dan lain-lain Jawatankuasa Kecil di peringkatnya
jika dan apabila diperlukan.
(c)
Bertanggungjawab menghantar laporan tahunan,
laporan kewangan, usul-usul pindaan Perlembangaan atau lain-lain
usul jika ada, dan nama-nama perwakilan ke MAP kepada Setiausaha
Agung dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
(d)
Bertanggungjawab mengisi dan menghantar penyata-penyata
tahunan berserta dengan penyata kira-kira yang disahkan dan ditandatangan
balas oleh salah seorang pemegang-pemegang jawatan utama Persatuan
kepada Pendaftar Pertubuhan tiap-tiap tahun dalam tempoh 28 hari
selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
(e)
Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurang 3 kali setahun dan notis untuk satu-satu mesyuarat
itu hendaklah diberi dalam tempoh 7 hari sebelum mesyuarat diadakan.
Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dengan persetujuan Pengerusi
boleh bertindak berseorangan ataupun tidak kurang daripada10 orang
ahli, boleh memanggil supaya diadakan satu mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan bila-bila masa yang difikirkan mustahak.
(f)
Kuoram bagi mesyuarat Jawatankuasa Cawangan
dianggap sah jika dihadiri oleh setengah (1/2) daripada jumlah
ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan.
Untitled Document
19.2
Jawatankuasa Cawangan
Negeri
19.2.1
Keanggotaan Jawatankuasa
Cawangan Negeri
(a) Pengerusi
(b) Timbalan Pengerusi
(c) Setiausaha
(d) Penolong Setiausaha
(e) Bendahari
(f) Penolong Bendahari
(g) Tidak kurang daripada 8 ahli Jawatankuasa Biasa
(h) Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap
19.2.2
Pemilihan Anggota
Jawatankuasa Cawangan Negeri
(a)
Isteri Setiausaha
Kerajaan Negeri menjadi Pengerusi
(b)
Timbalan Pengerusi dilantik
2 tahun sekali oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa
Cawangan Negeri.
(c)
Isteri Pegawai-pegawai Daerah
dan isteri Ketua-ketua Jabatan Negeri, Persekutuan di Negeri,
Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Majlis Kerajaan Tempatan
menjadi ahli Jawatankuasa Biasa Tetap.
(d)
Setiausaha hendaklah dilantik
oleh Pengerusi Dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa 2 tahun sekali.
(e)
Jawatan-jawatan Penolong Setiausaha.
bendahari, Penolong Bendahari dan tidak kurang daripada 8 Ahli
Jawatankuasa Biasa hendaklah dipilih melalui undi terbanyak dalam
Mesyuarat Agung Cawangan 2 tahuan sekali.
(f)
Keahlian seseorang Ahli Jawatankuasa
terdiri daripada (a) dan (c) di atas akan luput apabila ia atau
suaminya bersara, meletakkan jawatan atau suaminya meninggal dunia;
akan digantikan oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru.
(g)
Jika berlaku kekosongan di
dalam (e) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak semasa
pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah dijemput memenuhi
kekosongan itu selama baki tempoh perkhodmatan ahli yang mengosongkan
jawatan itu. Sekiranya jemputan itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan
berhad memilih seorang ahli yang difikirkan sesuai untuk memenuhi
kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan.
Untitled Document
19.2.3
Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa
Cawangan Negeri
Pengerusi
(a)
Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan
perjalanan cawangan-cawangannya.
(b)
Pengerusi akan mempengerusikan semua mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan.
(c)
Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan
menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat yang diluluskan.
(d)
Pengerusi bersama-sama dengan Bendahari atau
Setiausaha diberi kuasa menandatangani cek- cek Cawangan.
Timbalan Pengerusi
(a)
Membantu tugas-tugas Pengerusi
(b)
Memangku tugas-tugas Pengerusi apabila Pengerusi
tidak ada
Setiausaha
(a)
Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan
Persatuan khasnya berkenaan surat-menyurat dan menyimpan semua
buku, risalah, kertas Persatuan dan minit mesyuarat.
(b)
Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli
pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemaskini.
(c)
Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat
Agung Cawangan.
(d)
Bertanggungjawab mengeluarkan notis-notis
mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat.
(e)
Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua
mesyuarat.
(f)
Setiausaha semasa ketiadaan Bendahari bersama-sama
dengan Pengerusi diberi kuasa menandatangani cek-cek Cawangan.
Untitled Document
Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha hendaklah
membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan
itu semasa ketiadaanya.
Bendahari
(a)
Bertanggungjawab ke atas semua perkara kewangan
Cawangan
(b)
Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar
masuk dan menyimpan rekod yang kemaskini termasuk mengutip yuran
masuk dan yuran tahunan daripada ahli-ahli.
(c)
Bendahari bersama-sama Pengerusi diberi kuasa
menandatangani semua cek bagi pihak Cawangan.
(d)
Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun
tahunan dan penyata kira-kira setelah berakhir tahun kewangan
untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira.