|
Ucapan Pengerusi Puspanita Majlis Bandaraya Shah Alam
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA
dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam Laman Web Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan
Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan Majlis Bandaraya Shah Alam. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada semua pihak yang telah mendukung aspirasi PUSPANITA yang ingin melihat penjawat awam khususnya golongan
wanita sentiasa berilmu berkebolehan, berwibawa, berketerampilan, mempunyai daya saing dan berpersonaliti menarik.
Saya percaya di MBSA juga, pelbagai program dan aktiviti telah dirangka dan dilaksanakan oleh PUSPANITA
MBSA untuk membentuk warga kerja MBSA yang berkerampilan dan mampu menyumbang bukan sahaja kepada organisasi
tetapi juga kepada agama, bangsa dan juga negara. Tidak dapat dinafikan, kaum wanita merupakan antara faktor
pengerak dan menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah organisasi. Tidak terkecuali di MBSA, pengiktirafan
dan sumbangan kakitangan kaum wanita juga jelas terbukti dan manjadi pemangkin kepada pemerkasaan sistem
penyampaian (delivery system) sehingga dapat mengangkat mertabat MBSA di mata masyarakat.
Dalam hal ini, PUSPANITA MBSA juga boleh berperanan dan perlu mengorak langkah untuk merangka lebih
banyak program dan aktiviti berpaksikan ilmu yang boleh membina jati diri dan memperkasakan lagi kemahiran dan
kualiti kerja kakitangan khususnya kaum wanita. Jesteru saya melihat kewujudan laman web ini boleh dijadikan
sebagai wadah untuk warga PUSPANITA berkongsi pengalaman dan pengetahuan demi untuk memantapkan lagi jati diri
ahli-ahli PUSPANITA dan MBSA secara keseluruhannya.
Saya berharap informasi yang dipaparkan melalui laman web ini akan dapat memberi manfaat kepada semua
dan saya secara jujurnya mengharap dan mengalu-alukan sebarang input, pandangan, saranan dan komen daripada
semua supaya PUSPANITA MBSA lebih kompetitif dan bergerak maju ke hadapan.
PUAN SALIZA SHAFIE
Pengerusi,
PUSPANITA Cawangan Majlis Bandaraya Shah Alam.
|